TUKAR .PASANG . TONTON

Adakah anda layak untuk dekoder
percuma DVB-T2?

Kerajaan akan memastikan lebih ramai golongan isi rumah berpendapatan rendah B40 terpilih menerima set dekoder siaran televisyen digital myFreeview secara percuma.

TUKAR. PASANG. TONTON

Adakah anda layak untuk dekoder
percuma DVB-T2?

Kerajaan akan memastikan lebih ramai golongan isi rumah
berpendapatan rendah B40 terpilih menerima set dekoder siaran
televisyen digital myFreeview secara percuma.

Apakah kelebihan siaran digital myFreeview?

Jika anda mempunyai dekoder MYTV dan ia berfungsi (dengan
perkhidmatan), maka ya!

Sekiranya belum, anda boleh membuat semakan kelayakan
sekarang.

Ketahui lebih lanjut senarai penyiar

Apakah kelebihan siaran digital myFreeview?

Jika anda mempunyai dekoder MYTV dan ia berfungsi (dengan
perkhidmatan), maka ya

Sekiranya belum, anda boleh membuat semakan kelayakan
sekarang!

Ketahui lebih lanjut senarai penyiar

Nikmati promosi penjimatan sehingga 90%

Berita baik buat semua! Nikmati penjimatan sehingga 90% apabila anda berbelanja dengan kami! Kami bawakan kepada anda pelbagai pilihan kelengkapan rumah seperti barangan elektronik dan dapur. Stok adalah terhad, jadi dapatkan sebelum terlambat!

MBOX Combo T2/S2

MBOX menggabungkan televisyen myFreeview melalui Penyiaran MYTV dan Internet Pelbagai Benda (IoT) dalam satu dekoder pintar. Dilengkapi kebolehan untuk dihubungkan ke antena atau piring satelit. Bukan sekadar dekoder biasa, ia lebih dari televisyen.

Tempah Sekarang

MBOX Combo T2/S2

MBOX menggabungkan televisyen myFreeview melalui Penyiaran MYTV dan Internet Pelbagai Benda (IoT) dalam satu dekoder pintar. Dilengkapi kebolehan untuk dihubungkan ke antena atau piring satelit. Bukan sekadar dekoder biasa, ia lebih dari televisyen.

Tempah Sekarang

Soalan Lazim

Adakah saya perlukan set TV baru untuk menerima siaran digital myFreeview?

Set TV lama sudah mencukupi asalkan ia mempunyai sambungan masuk AV/HDMI yang boleh disambungkan kepada dekoder menggunakan kabel AV/HDMI.

TV digital baharu yang mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM yang dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner) atau dikenali sebagai IDTV (Integrated Digital Television), boleh menerima terus siaran digital myFreeview tanpa dekoder.

Adakah saya boleh menerima siaran digital myFreeview sekiranya saya tinggal di kondo/pangsapuri?

Perkhidmatan myFreeview boleh diterima apabila antena dalaman/ antena luaran UHF disambungkan kepada IDTV ataupun TV sedia ada yang disambungkan dengan dekoder DVB-T2. Pihak pengurusan kondo/pangsapuri juga boleh memasang Sistem TV Antena Utama (MATV – Master Antenna TV System) untuk menerima siaran digital myFreeview.

Bagaimana jika saya tinggal di unit kediaman bawah?

Antena dalaman tidak diperlukan jika anda mempunyai antena luar UHF untuk menerima Broadcast Digital myFreeview. Anda boleh menyambungkan TV digital atau dekoder digital anda terus ke antena luar UHF. Untuk bantuan teknikal, anda boleh mendapatkan nasihat Pemasang Berdaftar kami.

Bagaimana jika saya memiliki atau menguruskan bangunan komersial?

Anda boleh menghubungi dan mendapatkan nasihat dari Pemasang Berdaftar kami pada penerimaan melalui sistem MATV untuk memastikan kelancaran penerimaan isyarat siaran digital myFreeview.

Apakah perbezaan dekoder DTT dan dekoder DTH?

Televisyen terestrial digital (DTT) adalah teknologi penyiaran televisyen di mana stesen pemancar bumi (terestrial) menyiarkan kandungan televisyen menerusi gelombang radio ke televisyen di kediaman pengguna dalam format digital.

Perkhidmatan Langsung ke Rumah (DTH) adalah kaedah menerima TV digital melalui isyarat yang dipancarkan terus oleh satelit. Sekiranya sesebuah kawasan itu tidak diliputi oleh DTT, DTH adalah kaedah alternatif untuk menerima Siaran Digital myFreeview.

Sila semak liputan penghantaran DTT di https://sayasukamyfreeview.com/pemasangan/ dan sekiranya kawasan anda tidak disenaraikan, anda diliputi oleh penghantaran DTH.

Adakah saya perlu bayar untuk siaran myFreeview?

Siaran Digital myFreeview adalah percuma dan tidak melibatkan sebarang caj langganan.

Bolehkah saya menggunakan dekoder DVB-T2 dan dekoder ASTRO pada TV yang sama?

Boleh, asalkan TV anda mempunyai terminal masuk AV/HDMI yang mencukupi untuk kedua-dua dekoder.

Bolehkah set Dekoder Percuma ini dipindah milik?

Set Dekoder Percuma BSH tidak boleh dipindah milik, tetapi anda boleh menggunakannya di alamat yang berbeza dan dalam kawasan liputan transmisi myFreeview. Walau bagaimanapun, sebagai penerima, anda bertanggungjawab untuk Set Dekoder Percuma.

li.cart-item.has-icon {display: none;}