UMUM

MPay dianugerahkan peranan sebagai Pemasang Utama oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd untuk memastikan setiap dekoder yang kami sediakan dipasang dan diaktifkan dengan betul dari senarai B40 yang layak dan beralamat dalam kawasan liputan myFreeview. Oleh itu, kami hanya menawarkan yang terbaik dalam kit dekoder dan khidmat pemasangan kami.

Jika anda layak, dekoder anda ditaja oleh MYTV. Walau bagaimanapun, untuk memastikan pemasangan dan pengaktifan dilakukan dengan betul, kami mengesyorkan anda untuk dapatkan kit dekoder lengkap termasuk antena dan penghantaran bernilai RM100 atau kit dekoder lengkap bersama perkhidmatan pemasangan professional bernilai RM180.

Projek DTT menawarkan siaran digital TV dengan kualiti gambar dan bunyi yang lebih baik, lebih banyak saluran percuma, akses kepada Panduan Program Elektronik (EPG – Electronic Program Guide), sarikata pelbagai bahasa dan memberikan pengalaman menonton TV berkualiti HD. Pada masa akan datang, penonton juga mempunyai akses perkhidmatan televisyen interaktif seperti membeli, menonton video atas permintaan, perkhidmatan langganan dan internet terpilih.

Program ini merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk meringankan bebanan isi rumah kumpulan Bawah 40 (B40). Penerima Set Dekoder Percuma dipilih dari golongan senarai terbawah dalam senarai B40 sehingga March 2016 dan tidak boleh dipinda.